DITERBITKAN PADA 18 MAC 2022
Di sini saya rungkaikan sedikit jawapan yang betul bagi beberapa persoalan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Kenapa perlukan ISO 45001 dan EMS ISO 14001?
Kerana kami ingin memastikan dan meningkatkan lagi tahap keselamatan, kesihatan, persekitaran dan kebajikan pekerja terjaga.
Secara ringkas apa itu ISO 45001:2018
Adakah dokumentasi itu penting?
Jika ianya dapat menyelamatkan nyawa, maka dokumentasi itu penting, tetapi ianya mesti disusuli dengan pelaksanaan. Maka kami berpendapat dokumentasi dan pelaksanaan adalah sama pentingnya. Tapi dalam kebanyakan praktik dokumentasi gred A tetapi implementasi gred C. Sayang apabila dokumentasi hanyalah semata-mata untuk memenuhi keperluan tender projek mega. Bila dah dapat job hmmm..ye lah nama pun accident kan.
Bagaimana nak memastikan semua orang faham mengenai pentingnya menjaga keselamatan, kesihatan dan penjagaan alam sekitar?
Komitmen ikhlas dan sepenuh-hati dari pihak pengurusan tertinggi. Delegasi tugas yang betul kepada orang yang betul. Komunikasi perlu berkesan dan mesej suci ini sampai sehingga kepada peringkat kakitangan sokongan dan buruh. Latihan dan pembangunan secara berterusan.
Kenapa keselamatan, kesihatan dan pengurusan alam sekitar terabai?
Kerana sifat menghafal dan bukannya memahami. Jika tidak faham, bagaimana nak menghayati serta jadikannya sebagai budaya syarikat? Sifat suka menuding jari apabila berlaku insiden dan kemalangan. (Tiada akauntabiliti – rasa dipertanggungjawabkan) Melakukan kerana terpaksa dan dipaksa. Mengukur keselamatan, kesihatan dan pengurusan alam sekitar dengan hanya adanya peralatan perlindungan diri contohnya topi keselamatan gunanya untuk mengelak dari objek yang jatuh dari atas. Takut untuk berbelanja lebih bagi meningkatkan tahap keselamatan kerja. Tindakan menangani insiden dan kemalangan tidak bertepatan dengan undang-undang. Meletakkan kesalahan hanya kepada Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Kenapa perlunya Jawatankuasa Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar?
Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Pengurusan Alam Sekitar bukan kerja perseorangan tetapi ianya adalah kerjasama dalam satu pasukan, Bertukar-tukar pendapat, kepakaran dalam bidang/jabatan masing-masing demi keselamatan, kesihatan dan pengurusan alam sekitar sesebuah organisasi
Adakah Penilaian Suasana Berbahaya (Hazad – Hazard) dan Risiko itu perlu?
Penilaian ini perlu dimulakan daripada peringkat perancangan lagi. Sebarang hazad dan risiko perlu dikenalpasti secara proaktif berdasarkan pengalaman terdahulu. Kemudian ianya perlu dikawal semasa penilaian berlaku dan disemak kembali keberkesanannya.
Cara buat Penilaian Risiko (HIRARC) mengikut panduan DOSH
Penilaian Risiko tidak sama dengan Pemeriksaan dan Audit. Pemeriksaan adalah sesuatu yang biasa dilakukan, audit dan penilaian risiko adalah secara berkala dan berjadual. Bezanya, penilaian risiko tidak diberikan laporan ketidakpatuhan (NCR) seperti audit dan pemeriksaan. Penilaian risiko akan mengenengahkan masalah kecil yang berpotensi membawa kepada masalah yang besar jika tidak ditangani secara proaktif. Setiap masalah diberikan pemarkahannya yang tersendiri. Kesilapan penilai risiko ialah mengeluarkan laporan ketidakpatuhan. Ini boleh menimbulkan kekeliruan. Tujuan utama Penilaian Risiko ialah untuk menjadi pemangkin dengan mengurangkan trend ketidakpatuhan kepada aktiviti pemeriksaan dan audit.
Wallahua’lam