Blog Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Promosi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Tempat Kerja

DITERBITKAN PADA 25 APRIL 2022

Kongsi artikel ini

Kerja dengan selamat dan sihat ni tidak semua orang boleh terima sebab boleh jadi ia melibatkan beberapa prosedur yang dianggap remeh-temeh dan melambatkan kerja. Contohnya, sebelum kerja kena apply Permit to Work dulu, kena pastikan ada HIRARC yang terkini, PPE kena cek dulu, dan sebagainya. Susah untuk kita convince para pekerja terutamanya yang sudah bertahun-tahun kerja tanpa Safe Operating Procedure yang betul. Tapi itulah kerja pengamal Safety, kena selalu promosi, didik, dan beri galakkan bukan sahaja kepada pekerja tetapi juga bos-bos besar di atas sana.

Sumber gambar: https://pixabay.com

Mempromosikan tempat kerja yang selamat akan menjadi strategi yang sulit untuk dilaksanakan kalau kita tidak mempunyai panduan yang betul. Aktiviti ini akan lebih memakan masa untuk dilaksanakan berbanding dengan aspek pengurusan yang lain.

Lihat bahan-bahan promosi KKP yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Malahan peringatan demi peringatan perlu diberikan dari awal operasi kerana ia adalah langkah yang terbaik untuk mempromosikan tempat kerja yang selamat.

Pegawai berkenaan perlulah tahu cara yang paling berkesan untuk mengendalikan sikap kakitangan yang tidak bekerjasama disamping meyakinkan pengurusan dengan keuntungan kewangan yang bakal diperolehi dengan membuat pelaburan untuk promosi tempat kerja yang selamat.

Lihat Buku Mega OSH Tool Box oleh JKKP

Akhirnya, jadikan promosi ini sebagai keutamaan sehingga difahami oleh semua kakitangan akan kepentingannya.

Mempromosikan kepentingan tempat kerja yang selamat adalah usaha dan program keselamatan, kesihatan pekerjaan dan alam sekitar yang paling sukar untuk dilaksanakan.

Pengajaran

Kerja pengamal Safety ni memang sukar. Ibarat seorang pendakwah atau pendakyah yang ingin kembangkan ideologinya. Tidak semua orang boleh terima bila terkait komitmen masa dan tenaga. Memang meletihkan dan mengecewakan bila kena reject, tapi ianya suatu amanah yang wajib dijalankan selagi terdaya kerana esok lusa kita sendiri akan diaudit tentang amanah dan tanggungjawab ini

Jangan mudah putus asa. Boleh bertanya pada yang sahabat-sahabat pengamal yang lain. InsyaAllah ada jalannya. Nak tanya saya pon boleh.

Wallahua’lam