Blog Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Muhammad Amin Rozak

Pengarah Urusan ARSB

En. Muhammad Amin Bin Rozak mempunyai pengalaman tidak kurang daripada 15 tahun dalam bidang OSH. Beliau merupakan graduan Master of Industrial Safety Management dari UKM dan merupakan salah seorang panel Pemeriksa Peperiksaan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO) di NIOSH. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang Panel Penggubal Modul Latihan NIOSH pada tahun 2013. Blog Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini dibangunkan bagi berkongsi pandangan, pengalaman dan kisah sepanjang beliau menabur bakti dalam bidang ini.

Diharapkan ia dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada sahabat-sahabat pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di luar sana, InsyaAllah.

Cara-Cara Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Yang Penting

Ada kalanya sesuatu 'cara' itu boleh dipraktikkan di sesebuah tempat kerja atau organisasi, ada kalanya langsung tidak boleh pakai. Kita tidak boleh 'pukul rata' walaupun nampak seakan-akan sama.

Informasi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Penyebaran informasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam sesebuah organisasi adalah penting untuk keseragaman fikiran dan tindakan. Bahkan, ia merupakan salah satu keperluan undang-undang.

Mentaliti dalam Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Orang kita ni unik dan pelbagai ragamnya. Ia sebuah persembahan yang boleh disaksikan. Apa yang baik dijadikan tauladan, apa buruk dijadikan sempadan.