Blog Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

10 Kesalahan Dalam Penyiasatan Insiden dan Kemalangan di Tempat Kerja

DITERBITKAN PADA 11 APRIL 2022

Kongsi artikel ini

Dalam dua entri yang lalu saya telah bercerita mengenai insiden di tempat kerja yang menyebabkan kematian. Satu kematian orang awam, satu kematian pekerja. Setelah berlaku apa-apa insiden besar seperti ini, perlu ada tindakan susulan iaitu penyiasatan insiden atau kemalangan yang wajib dijalankan dengan segera mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. 

Sumber gambar: https://pixabay.com

Nak jalankan penyiasatan secara dalaman pun boleh, nak lantik pihak ketiga pun boleh yang mana difikirkan sesuai oleh pihak syarikat. Apa yang penting laporan yang dikeluarkan mestilah  sahih dari aspek teknikaliti dan standard amalan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan kerana ia mempunyai pemberat di mahkamah nanti. Yang paling penting, rumusan penyiasatan mestilah membuahkan cadangan-cadangan penambahbaikan yang relevan yang perlu diimplementasikan oleh pihak syarikat supaya kejadian yang sama tak berulang lagi. Jadi, jika resources dalaman tidak ada kepakaran dan kemampuan lebih baik dilantik pihak ketiga untuk jalankan penyiasatan tersebut.

Belajar macam mana nak laporkan kemalangan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan mengikut NADOPOD Regulations 2004

Namun begitu, menurut pengalaman kecil saya terlibat dalam beberapa siri penyiasatan kes-kes kemalangan di tempat kerja, berikut boleh saya kongsi 10 kesalahan yang sering berlaku dalam penyiasatan insiden atau kemalangan:

Siapakah yang bersalah dan kenapa ? Majikan atau pekerja yang bersalah ?

Pengajaran

Bertanyalah kepada yang lebih tahu. Walau siapa pun kita, sehebat dan sebijak manapun kita, kita bukannya mahir dan arif tentang semua benda. Begitu juga dalam bab penyiasatan insiden dan kemalangan ini. Pasukan yang terdiri daripada orang yang berbilang latar belakang kepakaran perlu dibentuk. Saksi yang dipilih juga perlulah menyeluruh tidak kiralah dia tukang sapu, tukang cuci, pomen, pengawal keselamatan, jurutera, dan sesiapa pun asalkan ia membantu penyiasatan dijalankan secara menyeluruh dan seimbang.

Ini yang salah asik-asik pekerja, betul tak ?

Wallahua’lam