Blog Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Apabila Polisi Keselamatan Kerja Tidak Diperlukan

DITERBITKAN PADA 10 MAC 2022

Kongsi artikel ini

Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) atau sesetengah orang zaman kini panggil OSH Policy pada zahirnya merupakan sekeping (atau beberapa keping) kertas yang menyatakan komitmen manusia yang menduduki tampuk pemerintahan sesebuah organisasi terhadap setiap aspek terkait dengan keselamatan dan kesihatan para pekerjanya.

Sumber: shellcontractor.com

Menurut Seksyen 16, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, ia wajib diadakan jika sesebuah organisasi mempunyai pekerja lebih dari lima orang. Komitmen Polisi KKP ni macam aku janji atau sumpah setia dari pihak majikan sama macam lafaz akad nikah, aku janji watikah pelantikan jawatan-jawatan besar, dan macam-macam lah aku janji. Tapi di Malaysia ni biasa lah mungkin sebab terlalu banyak sangat aku janji dibuat, jadi huru-hara lah jawabnya aku janji Polisi KKP ni. Psst.. aku janji sebelum kahwin 10 tahun dulu  pun belum tertunai, inikan manifesto siri-siri PRU yang dah lepas. Ehh apa masuk bab politik dalam OSH. 

Baca Polisi KKP yang diikrarkan oleh DOSH di sini

Namun begitu, inilah cakap-cakap yang selalu kita dengar oleh industri di luar sana.

Syarikat kecil macam kilang kita ini tidak memerlukan Polisi Keselamatan Kerja. Kita pun berada di tempat yang terpencil, jauh dari orang ramai. Lagipun mana pernah pun berlaku kemalangan jiwa atau kerosakan harta-benda?

Belajar cara nak buat Polisi KKP/OSH Policy di sini

Kalau ada pun kemalangan di kilang, kita lapor dia kemalangan kat luar jer –masa nak datang kerja. PERKESO dah boleh cover, buat apa nak membazir duit beli insuran. Lagipun itu Bangla yang putus jari, bukan orang kita. Bayar klinik untuk ubat-ubatan, bagi pampasan sikit dan beli tiket sehala untuk dia kembali ke Bangladesh.

"LEBIH DARI 10 KESALAHAN YANG TELAH DILAKUKAN TANPA DISEDARI. PEMIKIRAN SEPERTI INI AKAN PASTI MENGUNDANG PADAH"

Kita ambil sahaja budak lepasan U untuk jadi Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SHO), habis cerita. Graduan pun ramai yang tidak ada kerja sekarang ni. Tak payah nak training sebab graduan dah ada Ijazah. Kita perlu memasang tonto dan ejen untuk memantau pergerakan JKKP daripada datang ke tempat kita.

Penyelia kita hanya perlu periksa perkara-perkara teknikal sahaja. Jangan buat kerja safety. SHO tak perlu tahu masalah teknikal sebab dia bukan jurutera. Kalau JKKP datang melawat atau kalau berlaku kemalangan, panggillah SHO, pengurusan tidak perlu ikut serta atau melibatkan diri.

Lagipun rugi belanja banyak sangat ke atas PPE. Mahal tu – topi lah, tali pinggang lah dan banyak lagi yang nak kena beli.

Pengajaran

Polisi KKP ni mungkin antara unsur-unsur awal diperiksa oleh JKKP sebab tu ada industri yang framed kan Polisi KKP tu cantik-cantik di lobi masuk premis. Yelah kalau dokumen sekeping pun dah tip top apatah lagi unsur-unsur OSH yang lain. Betul tak ?

Nota

Sila rujuk Bhgn IV Klausa 16 AKKP 94, Seksyen 39A – Akta Perkeso, Bhgn 6 Klausa 24 (1C), Bhgn 14 Klausa 66 2J AKKP 94, Bhgn 6 Klausa 27 & Bhgn 7 Klausa 28 & 29 AKKP 94

Wallahua’lam