Blog Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Apabila Keselamatan Kerja Tidak Diperlukan

DITERBITKAN PADA 8 MAC 2022

Kongsi artikel ini

Inilah pandangan segelintir orang tentang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) atau  OSH (Occupational Safety and Health). Siapa tidak sedih apabila ada bos-bos besar hanya mementingkan keuntungan syarikat semata-mata tanpa mengambil kira  kebajikan orang yang bekerja. Inilah antara cakap-cakap mereka yang selalu kita dengar.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) ni banyak ‘kacau daun’ la, saya takut dengan JKKP, tak boleh bertolak ansur. Jangan lapor bila ada kemalangan, mana boleh tutup, tutup je!

JKKP tu Siapa ? Klik link ni kalau nak baca detail.

Saya sebagai Pengarah Urusan tidak mahu masuk penjara jika ada kemalangan maut. Denda sangat tinggi, syarikat boleh muflis.

Jika ada masalah, Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SHO) perlu bertanggungjawab sepenuhnya.

SHO dibayar gaji mahal untuk menjaga hal keselamatan kerja, maka dia kena menandatangani Polisi dan lain-lain dokumentasi dan bukannya Pengarah Urusan.

Kita kena mendapat persijilan ISO 45001 sebab tekanan dari pihak atasan. Kita mesti dapat persijilan kerana pesaing kita sudah mendapatkannya. Senang sahaja nak dapat sijil ISO 45001, ada dokumentasi, dapatlah sijil!

Saya boss, kenapa kena pakai kad hijau bila nak masuk tapak?

“SEMUA INI BERLAKU KERANA 4 FAKTOR : 1) SALAH INFORMASI, 2) BUDAYA KETAKUTAN, 3) TIDAK PEDULI DAN 4) TERLALU INGIN BERJIMAT!”

Alah…perancah (scaffolding) mahal, pakai yang second hand pun OK dah.

Pendatang asing pun pandai bawa kren menara, gaji pun murah.

Banyak sangatlah dokumentasi…prosedur lah, pelan lah, manual lah, checklist lah, aduh malas betul. Audit sama sahaja dengan Pemeriksaan (Inspection).

Psst, Boss kita tu memang tidak ada kelayakan dalam bidang keselamatan kerja, tetapi sebab dia bayar gaji kita, kena diam je lah.

Kita dah dapat persijilan ISO 45001, kenapa masih berlaku kemalangan ye? ISO ni tak guna lah..buat habis duit jer.

Pengajaran

Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja (KKP) atau OSH bukanlah untuk menyusahkan mana-mana pihak tetapi lebih kepada langkah proaktif bagi mengelakkan kejadian yang tidak dikehendaki yang mana mungkin boleh mengakibatkan kerugian jauh lebih besar dari kos yang dibelanjakan untuk OSH itu sendiri.

OSH juga bukanlah magic bullet, sacred water, atau black box yang boleh menyelesaikan kes-kes insiden tempat kerja dengan drastik tetapi ia lebih kepada usaha kolektif yang berterusan oleh setiap orang dalam organisasi tersebut dan mungkin akan mengambil masa lama untuk dapat hasil.

Wallahua’lam