DITERBITKAN PADA 27 JUN 2022
Suka atau tidak, terjatuh dari tempat tinggi secara sengaja atau tidak sengaja boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja sewaktu kerja. Ini kerana, bahaya jatuh dari tempat yang tinggi boleh membawa akibat yang dasyat. Adalah penting bagi semua pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan perlu dilatih dan wajib memiliki kelengkapan yang betul apabila mereka dikehendaki bekerja pada ketinggian. Elemen yang paling penting dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan ialah dengan ‘mencegah’. Sebelum nasi menjadi bubur, bertindaklah mengikut elemen yang saya ceritakan di bawah…
Anda perlu memastikan anda selamat bekerja di tempat tinggi. Sebarang peraturan dan arahan mestilah dipatuhi.
Cuba sedaya-upaya melakukan sebahagian dari kerja di tempat rendah seperti di atas tanah/permukaan. Contohnya, gunakan pembersih/pengelap berpalang panjang apabila mencuci tingkap di tempat tinggi. Gunakan perancah yang dipasang di tanah dan gunakan peralatan mengangkat wlifting equipment) jika perlu.
Cegah diri anda dari terjatuh dari tempat tinggi. Pastikan terdapat rel pengadang, pemakaian tali pinggang (lanyard) dan topi keselamatan dan gunakan perancah atau mobile elevating platforms – MEWP. Pastikan juga terdapat jaring keselamatan dan catch platform dipasang di tempat kerja. Hubungi penyelia jika perlu.
Jika bekerja di atas bumbung, pastikan anda berada pada tempat yang betul semasa melakukan kerja contohnya di tetulang bumbung dan berhati-hati jika ada sebarang ruang terbuka.
Pastikan tidak terlalu ramai yang bekerja di tempat yang tinggi terutamanya di atas pelantar kerja dan perancah (scaffolding) kerana ini akan membahayakan nyawa kerana struktur berkenaan mungkin dapat menahan beban pada kadar yang telah ditetapkan. Hubungi penyelia jika perlu.
Pastikan rakan sekerja anda adalah seorang yang berkemahiran dalam melakukan kerja. Jika anda dapati rakan sekerja anda masih baru di lokasi berkenaan, pastikan anda membimbing rakan sekerja anda dan sarankan dia bekerja di tempat yang selamat (di permukaan tanah) dan jangan sekali-kali membenarkan dia bekerja di tempat tinggi selagi belum bersedia.
Segera turun dari tempat tinggi ke tempat yang selamat apabila berlaku ribut petir. Selepas hujan reda, pastikan semua pelantar kerja termasuk perancah, lantai dan bumbung telah kering sepenuhnya. Jika terlalu kerap berlaku hujan dan struktur besi sentiasa basah dan kering, struktur atau perancah berkenaan mungkin akan menunjukkan tanda-tanda kelemahan seperti karat sehingga ke bahagian dalam struktur. Hubungi penyelia anda untuk pemeriksaan.
Pastikan permukaan tanah yang menampung perancah juga kukuh dan tidak lembut. Gunakan pertimbangan visual untuk melihat sebarang pelantar kerja tidak senget dsb. Pastikan juga tanah tidak terlalu becak atau terdapat water ponding kerana ini bukan sahaja berpotensi untuk melumpuhkan struktur tetapi juga berpotensi membiakkan nyamuk aedes
dan lain-lain spesis.
Hubungi penyelia untuk mendapat kepastian bahawa anda dan rakan-rakan anda selamat untuk memulakan kembali kerja.
Tangga yang salah cara penggunaannya boleh menyebabkan risiko kecederaan dan maut’ Penilaian risiko menunjukkan, tempoh maksima berada di atas tangga hanyalah dalam 15-30 minit bergantung kepada jenis kerja yang dilakukan.
Dengan kata lain, tangga adalah peralatan bersifat sementara dan perlu ada alternatif lain seperti MEWPJ perancah (scaffolding) dsb semasa melakukan kerja di tempat tinggi.
Semasa memilih tangga untuk digunakan, pastikan anda tahu beban yang boleh ditampung. Ini bergantung kepada bahan yang digunakan untuk membuat tangga berkenaan.
Tangga lipat kebanyakannya adalah berasaskan aluminum dan mempunyai had ketinggiannya sesetengahnya melebihi 7.5 meter. Makin tinggi tangga berkenaan, risiko terjatuh dan tergelincir amatlah tinggi.
Pastikan tidak ada anak tangga yang longgar atau patah. Penggunaan tangga kayu dan tangga buatan sendiri amat tidak digalakkan’ Sandarkan tangga pada sudut 75 º : 1 unit untuk setiap 4 unit (1:4) dan di atas permukaan yang kuat. Pastikan tangga tidak bergoyang. Naik tangga perlahan-lahan dan tidak terlalu laju. Jangan berada terlalu lama pada mana-mana anak tangga.
Jika anda mempunyai masalah ‘gayat’, jangan sekali-kali gunakan tangga. Jangan melakukan kerja semasa berada di anak tangga. Apabila tiba di atas pelantar tangga, pastikan anda menggunakan cangkuk lanyard dicangkuk pada lubang yang disediakan.
Jangan sekali-kali berjinjit di atas pelantar untuk mencapai ketinggian yang diperlukan. Pastikan rakan sekerja anda di bahagian dalam bangunan membantu anda.
Begitu juga, tangga yang bersifat kekal seperti tangga kecil untuk tangki air atau tangga yang tinggi untuk menara pencawang, anda perlu pastikan tangga berkenaan tidak terlalu berkarat, anak-anak tangga tidak berkarat atau longgar, pemakaian peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai seperti lanyard, jaket anti arus elektrik atau magnetik, lampu suluh dan lain-lain yang diperlukan.
Sekadar renungan semua, “buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan. Sedar diri kena belajar, yang mana salah tolong tunjukkan”.
Wallahua’lam