Blog Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

20 Kesalahan Major Dalam Pengurusan Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan

DITERBITKAN PADA 04 JULAI 2022

Kongsi artikel ini

Sumber gambar: https://pixabay.com

Seorang usahawan telah membeli bangunan lama 5 tingkat (rumah kedai) di sebuah kawasan yang terpencil di Utara Semenanjung yang tidak dapat siapkan dan projek itu telah diabaikan lebih 3 tahun.

Seorang kontraktor telah dilantik untuk skop kerja pembaikian sebuah bangunan lama, memperbetulkan struktur, memperbaiki, menyelenggara, meruntuhkan struktur lama dan digantikan dengan yang baru dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

Sebuah keluarga mengadu kepada pihak berwajib mengenai salah seorang ahli keluarga mereka mengalami kecederaan parah melibatkan tulang kakinya patah kerana terjatuh dari tempat tinggi.

Maka pihak berwajib terdiri dari JKKP, PBT dan Imigresen bersama 2 orang panel perunding kejuruteraan dan pengurusan risiko yang dilantik telah menyerbu projek berkenaan dan pemeriksaan rapi telah dilakukan.

Mangsa dilaporkan dihantar ke hospital dengan punca kecederaannya dipalsukan oleh majikannya. 

Apakah kesalahan yang telah mereka lakukan? Jom lihat sekarang...

20 Kesalahan berdasarkan dari insiden di atas 

Projek berkenaan telah dihentikan serta-merta kerana jelas melanggar terlalu banyak undang-undang. Ramai PATI telah ditahan pihak Imigresen. Pemilik, kontraktor dan sab-kontraktor akan menghadapi tindakan perundangan yang sangat tegas termasuk denda yang tinggi.

Siapakah yang bersalah dan kenapa ? Majikan atau pekerja yang bersalah ?

Pengajaran

Banyak kontraktor yang tahu membina bangunan tetapi tidak menjaga aspek keselamatan, kesihatan pekerjaan, kebajikan pekerja dan pengurusan alam sekitar, mereka hanya pentingkan keuntungan sehingga menyebabkan mereka sengaja mengabaikan undang-undang.

Wallahua’lam