DITERBITKAN PADA 28 MAC 2022
Seorang awam sedang berjalan kaki ke tempat kerjanya menggunakan laluan kaki lima sebuah projek bangunan. Tiba-tiba sebatang besi terjatuh dan menghempap kepalanya lalu meninggal dunia di tempat kejadian.
Insiden kemalangan di tempat kerja banyak berlaku namun apabila ia tidak melibatkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa, syarikat hanya mendiamkan diri. Tak tahulah syarikat atau Safety Personnel itu sendiri yang mendiamkan diri. Manakan tidak, syarikat kan dah hired kau sebagai Safety takkan lah berlaku incidents lagi. Jadi untuk menampakkan diri dia bagus dan mengelakkan risiko dipersalah atau di-kambinghitam-kan, seseorang Safety tu mungkin akan sapu bawah karpet saje kes-kes near misses macam ni. Nanti takut kena buang kerja pulak, dahlah gaji masyuukk. Satu hal pula nak cari kerja baru.
Kes-kes Safety Personnel bersekongkol dengan majikan untuk tutup kejadian-kejadian sebegini memang tidak dapat diterima. Mereka mungkin terlepas dan hidup senang lenang di dunia, tapi percayalah di akhirat (bagi yang Muslim lah) nanti balasan yang buruk akan menanti. Namun begitu, dalam pengamatan saya, majoriti sahabat-sahabat pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di luar sana amat berintegriti tinggi dan komited terhadap kerja-kerja Safety. Ada yang sanggup berhenti kerja 24 jam apabila disuruh majikan untuk buat kerja tutup-tutup ni.
Akhirnya, itulah ceritanya bila insiden melibatkan reputasi syarikat, nyawa dan kerosakan besar berlaku, maka akan banyaklah pihak yang akan melompat bagai kera kena belacan dan seperti cacing yang kepanasan. Semua menggagau cari kot-kot ada connections di Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Saya yakin anda pasti masih ingat piramid Heinrich’s Law. Untuk setiap 300 kes near misses yang tidak dilaporkan, akan berlaku 30 kemalangan melibatkan minor injuries, dan akhirnya 1 kemalangan major akan terjadi. Uruslah kes-kes near misses dengan baik, InsyAllah tidak akan berlaku major accident.
Wallahua’lam