Blog Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Jangan Pandang Rendah Pada Masalah Tergelincir Dan Tersandung Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja

DITERBITKAN PADA 13 JUN 2022

Kongsi artikel ini

Keperluan asas untuk mencegah insiden ‘tergelincir dan tersandung’ antara lain :

  1. Permukaan lantai mestilah tidak mempunyai lubang, sekata, tidak basah dan tidak licin disebabkan oleh cairan yang berminyak.
  2. Lantai mestilah bebas dari sebarang halangan (obstruction) atau apa juga bahan yang boleh  menyebabkan pekerja tergelincir, tersandung atau terjatuh.

1. Faktor "Tergelincir"

Sumber gambar: https://pixabay.com.

Mengikut kajian, jarang sekali insiden tergelincir berlaku di atas permukaan lantai yang bersih dan kering. Melainkan lantai itu terdapat cecair, berdebu, kotor, berminyak dan lain-lain, maka masalah tergelicir akan berlaku.

Sekiranya permukaan lantai itu diperbuat daripada seramik, kepingan kayu varnis atau lantai konkrit yang licin, maka cukuplah dengan adanya sedikit minyak untuk mencetuskan risiko ‘tergelincir’.

Insiden ini selalu berlaku di projek-projek perumahan. Manakala permukaan yang agak kasar (dekorasi batuan) maka risiko untuk tergelincir sangat rendah.

Antara perkara yang perlu dipertimbangkan untuk mengurangkan risiko ‘tergelincir’ ialah :

2. Faktor "Tersandung"

Sumber gambar: https://pixabay.com.

Risiko tersandung semasa berjalan boleh disebabkan oleh :

3. Faktor-Faktor Lain Penyebab Tersandung dan Tergelincir

Risiko tersandung dan tergelincir juga boleh disebabkan oleh :

4. Pemakaian Kasut Keselamatan Yang Sesuai

Pemakaian kasut keselamatan yang sesuai dapat mengelakkan daripada “tergelincir” atau “tersandung”: Kasut keselamatan adalah sebahagian daripada peralatan perlindungan diri (PPE).

Apa yang perlu diperhatikan ialah memastikan kasut keselamatan yang dipakai adalah mengikut piawaian PPE: Contohnya mempunyai tanda CE atau lain lain tanda yang diiktiraf:

Membeli kasut keselamatan yang murah dan berkualiti rendah atau memakai kasut kulit semasa melakukan kerja, boleh menyebabkan “tergelincir” atau “tersandung” seperti terpijak paku kejutan elektrik dari kabel yang rosak/ terdedah di lantai/permukaan tapak yang tidak kasar dan lain-lain.

Adalah digalakkan. di samping kasut keselamatan yang betul permukaan atau lantai yang licin (dalam pembinaan) masih perlu diletakkan alas atau pelapik yang kasar dan papan tanda yang sesuai bagi mengurangkan masalah tergelincir atau tersandung:

Pemakaian selipar perlu ditegah sama sekali di tempat kerja terutamanya di sektor pembinaan. Jika pekerja didapati sakit tapak kaki atau bahagian kaki yang menyebabkan terpaksa memakai selipar, pekerja berkenaan mestilah diberikan tugas lain atau diberikan cuti sakit.

Pengajaran

Isu yang sentiasa dibincangkan kebanyakannya cenderung kepada PPE dan Kasut keselamatan. Tetapi kajian jarang dilakukan ke atas aspek "Slips and Trips"

Wallahua’lam