Blog Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Kes Studi: Kejayaan (NIGERIAN NATIONAL PETROLEUM CORPORATION)

DITERBITKAN PADA 26 NOVEMBER 2022

Kongsi artikel ini

Sumber gambar: https://www.freeimages.com/

Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar


Selaras dengan dasar KKPA kami, NNPC komited untuk memastikan semua aktivitinya juga terdapat elemen mempromosikan keselamatan dan kesihatan perkerjaan untuk kakitangan, harta dan orang awam serta melindungi alam sekitar.

Jabatan KKPA bertanggungjawab ke atas pentadbiran urusan KKPA umpamanya mewujudkan dasar dan panduan KKPA selari dengan amalan baik industri, memudahkan kepatuhan secara komprehensif dan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Di samping itu, penyenggaraan penghantaran produk dan perkhidmatan juga melibatkan perlindungan terhadap kakitangan, harta dan alam sekitar.

Kami memastikan semua operasi akan dijalankan oleh kakitangan yang kompetan dalam bidang masing-masing dengan tidak melupakan pelaksanaan faktor KKPA ke peringkat yang terbaik berpandukan piawai industri demi menjaga nama baik perbadanan dan juga negara.

Jabatan KKPA telah puluhan tahun menjalankan fungsinya dengan baik dan kini isu KKPA telah menjadi sebahagian daripada isu yang wajib dibincangkan malah menjadi salah satu elemen penting dalam tadbir urus korporat di pihak lembaga pengarah yang diketuai sendiri oleh Pengarah Urusan sendiri selaku seorang yang kuat empatinya terhadap pelaksanaan KKPA.

Dasar KKPA kini telah tersebar di semua lokasi yang mempunyai papan tanda NNPC di samping sistem pengurusan KKPA yang lengkap telah diwujud dan dilaksanakan sehingga ke peringkat akar umbi.

Amalan bertahap antarabangsa ini telah mencetuskan sesi “Walkabout” yang disertai oleh semua ahli pengurusan teratas bagi memantau sendiri serta memastikan penguatkuasaan berlaku.

Ianya ibarat satu suntikan semangat kepada semua peringkat termasuk pekerja dan buruh. Kami beranggapan perjalanan KKPA di NNPC adalah perjalanan yang berterusan yang tidak pernah berakhir.

Kami juga berkongsi dan menerima maklumat dari seluruh dunia dan terus sama-sama memburu peluang, meninggikan sasaran dan menyemak kembali strategi bagi memastikan peningkatan berterusan dan tidak terlalu lama berada di takuk sama.

Sebagai pengiktirafan kepada usaha peningkatan dan inisiatif KKPA, NNPC telah menerima Anugerah Antarabangsa untuk kategori “Organisasi Paling Mematuhi KKPA di seluruh Negara Afrika” pada satu majlis besar-besaran pada Oktober, 2012 di Accra, Ghana.

NNPC mengenalpasti bahawa kesejahteraan sesebuah organisai berkaitan secara langsung dengan prestasi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaannya.Tanggungjawab rasmi korporat kami juga ialah untuk sama-sama menjaga alam sekitar.

Prioriti utama kami ialah keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk para pekerja dan harta benda kami dan perlindungan terhadap alam sekitar. Kami mengambil langkah-langkah proaktif untuk mencegah sebarang kejadian kecemasan dan insiden.

Sekiranya sebarang insiden berlaku, kami akan bertindak dengan pantas memitigasikannya, belajar daripada insiden berkenaan dan meningkatkan lagi persediaan kami demi mencapai “Kawalan Kerugian Total” (Total Loss Control).

Kami cuba sedaya upaya untuk mencapai “sifar kemalangan, sifar kecederaan dan sifar kerosakan alam sekitar” dalam keseluruhan operasi dan kemudahan yang ada di NNPC.

HSE; dari segi strategi; adalah konsisten dengan mandat NNPC iaitu bekerja dengan cara yang paling baik untuk mengimbang dan menggabungkan semua aspek HSE ke dalam semua objektif dan keputusan yang dicapai dalam NNPC.

Kami memastikan pengurusan dan prestasi KKPA dari peringkat rekabentuk kejuruteraan, pembinaan dan teknologi yang dipilih, peningkatan berterusan dan latihan untuk pembangunan kakitangan.

Dalam konteks ini, kami menyalurkan satu sinergi yang berkesan ke atas semua unit kami untuk memastikan penyelarasan yang berkesan di samping memantau semua aspek KKPA untuk semua projek dan operasi kami.

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


NNPC komited dalam mewujud dan menyenggarakan suasana kerja yang selamat, sihat dan sifar kemalangan. Dari aspek keselamatan kebakaran, pendekatan komprehensif kami menerusi penilaian siri-siri penilaian risiko telah membantu membimbing  proses pembuata keputusan di peringkat pengurusan.

Kami mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengawal semua jenis risiko, meminimakan dan mencegah sebarang impak ke atas aktiviti kami serta memastikan semua operasi dijalankan berlandaskan piawai keselamatan kerja yang ketat.

Kami memberikan fokus menyeluruh secara proaktif terhadap :

di mana kesemua faktor yang disebutkan di atas dapat menjadikan segala panduan kerja dan persediaan menghadapi kecemasan berjalan dengan lancar.

Alam Sekitar


Alam sekitar adalah ibarat perkampungan global untuk kami. Keperluan untuk mengekalkan alam sekitar dan mengendalikan segala cabaran mengenainya adalah sesuatu yang sangat mustahak untuk kami dan tidak boleh dikompromikan.

Menjaga dan mengekalkan alam sekitar adalah satu faktor yang penting proses membuat keputusan perniagaan dan sekiranya terdapat sebarang projek baru atau semasa meminda operasi yang sediada bagi mengurangkan impak alam sekitar.

Kami mencari jalan penyelesaian secara konstan bagi menyelesaikan sebarang isu alam sekitar yang meninggalkan kesan ke atas operasi kami dan berusaha memastikan sebarang projek yang baru akan dijalankan dengan kepatuhan terhadap peraturan alam sekitar di samping operasi yang sediada dapat mengurangkan sebarang impak.

Perubahan Iklim (climate change) sudah menjadi satu isu yang penting dan sentiasa mendapat perhatian di peringkat global. Ianya memainkan peranan menjadi kunci utama terhadap pembangunan yang mampan (sustainable development) dalam industri minyak dan gas.

Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, kami memainkan peranan dalam menyelesaikan sebarang bebanan perubahan iklim di peringkat global dengan melaksanakan program penggunaan secara berkesan ke atas sumber kuasa dan sumber asli, perlindungan biodiversiti, pengurangan emisi atmosferik, dan mengurangkan impak alam sekitar menerusi inisiatif baru dan berterusan, menanam kesedaran menerusi kempen dan program kesedaran dan penggunaan teknologi secara optimum,

Untuk memastikan kepatuhan terhadap Program Alam Sekitar Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Environment Program – UNEP) terhadap kebersihan minyak dan kebersihan kenderaan (PCFCV), NNPC pada tahun “HII dengan menggunakan sumber sendiri kami telah terlibat dalam projek pembuangan sisa plumbum tetraethyl (residual Tetraethyl Lead – TEL), penyahtauliahan loji (facility decommissioning), membuang segala kontaminasi dan mediasi semula semua loji penapis NNPC (WRPC, KRPC dan PHRC) bagi memastikan aktiviti kami bebas-plumbum.

Ini telah menyebabkan Nigeria mendapat persijilan UNEP sebagai “Warga Pengeluar Gasolin Tanpa Plumbum”.

NNPC juga aktif dalam mempromosikan kesedaran KKPA di kalangan kakitangannya menerusi :

Kawalan Pencemaran


Tumpahan minyak dan kerosakan produk dapat mencemarkan alam sekitar. Insiden seperti ini akan menyebabkan kerugian wang dan pengeluaran  produk, kerosakan reputasi serta menyebabkan risiko yang tinggi ke atas kakitangan/pekerja dan harta kami.

Bagi mengurangkan kerosakan setiap kali tumpahan berlaku, pasukan perkhidmatan kawalan pencemaran kami akan bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima laporan. Semua laporan siasatan akan diberikan kepada pihak pengurusan atasan dan segera disebarkan kepada semua kakitangan kunci yang terbabit dalam menjaga KKPA.

Jabatan KKPA menyelaraskan enam pusat zon strategik kawalan pencemaran iaitu di Atlas Cove, Gombe, Kaduna, Mosimi, Port Harcourt dan Warri.

Keberkesanan dalam persediaan bertindak ke atas sebarang insiden tumpahan minyak akan sentiasa dinilai dan ditingkatkan bagi memastikan ianya sentiasa relevan dengan amalan terbaik industri. 

Kami berusaha hari ini adalah demi masa depan yang mampan untuk generasi masa hadapan

Sistem Pengurusan KKPA NNPC

Bagi memastikan komitmen yang berterusan terhadap amalan baik pengurusan KKPA di seluruh operasi perbadanan, NNPC telah mewujud dan melaksanakan, satu sistem pengurusan KKPA yang komprehensif bagi memodenkan budaya dan amalan KKPA dalam perbadanan ini.

Sistem ini telah memudahkan risiko KKPA dicegah dan diuruskan ke tahap ALARP (As Low As Reasonably Practicable).

Sistem Pengurusan KKPA kami juga telah disijilkan dengan ISO14001 :2400/OHSAS 18001 :2007 di mana amalan KKPA ini adalah berdasarkan piawaian antarabangsa, sentiasa berubah mengikut keadaan dan diaudit bagi memastikan ianya selari dengan semua syarikat atau perbadanan di mana-mana sahaja di seluruh dunia.

Sistem Pengurusan KKPA menjadi rangka untuk memberikan panduan KKPA, menjadi sokongan yang kuat terhadap prestasi perniagaan dan mencetuskan peningkatan berterusan ke atas semua operasi NNPC.

Antara kebaikannya ialah memastikan prestasi yang ditingkatkan secara holistik, pembangunan mampan, imej korporat yang berkekalan dan jaminan kepada semua stakeholders yang berkaitan dengan tanggungjawab sosial korporat NNPC dan inisiatif pembangunan mampan.

Pengajaran

Rahsia kejayaan utama NNPC ialah sokongan yang padu daripada pihak pengurusan teratas. Sekiranya mana-mana organisasi tidak mendapat sokongan pengurusan, maka sistem KKPA yang diperkenalkan akan pasti gagal.

Wallahua’lam