Blog Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Insiden Kematian Pekerja yang Jatuh Dari Tempat Tinggi di Tapak Pembinaan

DITERBITKAN PADA 04 APRIL 2022

Kongsi artikel ini

Mangsa adalah pekerja sebuah projek pangsapuri. Ketika kejadian beliau sedang bekerja di atas bumbung pada ketinggian hampir 8 meter. Dia telah terjatuh apabila terpijak siling bumbung patah. Meninggal dunia di hospital.

Sumber gambar: https://freeimages.com

Siapakah yang bersalah dan kenapa ? Majikan atau pekerja yang bersalah ?

Pengajaran

Dalam kebanyakan kes jatuh dari tempat tinggi, fall from height banyak yang menemui ajal seperti mana statistik yang saya bentang di atas. Orang mati ni senang nak di-kambinghitam-kan sebabnya dia dah mati pasti tak akan melawan. Jadi kita akan letak kesalahan tu atas diri si mati lah. Namun, kebenaran tetap akan terserlah apabila ianya ingi terserlah. 

Senang sahaja, majikan yang ikhlas menjaga keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan Safety Personnel yang komited mengurus setiap inci perihal keselamatan dan kesihatan pekerjaan pasti akan terlindung daripada bersalah. Mereka boleh buktikan dari banyak aspek seperti bajet-bajet safety yang telah dikeluarkan, pembangunan sistem pengurusan KKP, program-program KKP yang telah dijalankan, program kesedaran, dan macam-macam lagi usaha KKP yang baik pasti akan terserlah melalui pengurusan rekod-rekod dan dokumentasi yang baik di sesebuah organisasi dan keadaan di tempat kerja itu sendiri, bak kata pepatah sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina. Jadi beranilah kerana benar, bukan sebab poket tebal.

Wallahua’lam