Blog Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Kes Panas: Dari United Kingdom: Keselamatan Elektrikal

DITERBITKAN PADA 19 DISEMBER 2022

Kongsi artikel ini

Sumber gambar: https://www.freeimages.com/

KES 1

Latarbelakang kes


Seorang pemandu lori luka parah setelah terkena kejutan elektrik di kepala dan badannya semasa menghantar barangan untuk kegunaan ladang kuda.

Akibatnya dia telah kehilangan sebelah tangan (terpaksa dipotong) dan separuh dari kepalanya hangus terbakar. Dia juga mengalami kecederaan parah pada kedua belah kakinya.

Perkara ini berlaku apabila pengangkut muatan automatiknya telah terlanggar talian tiang elektrik yang dipasang untuk kegunaan ladang.

Insiden yang sama pernah berlaku hanya 100 meter dari jarak insiden pemandu lori di mana seorang kontraktor penyembur telah maut terkena kejutan arus elektrik yang tinggi.

Tiang elektrik berkenaan didapati dipasang sendiri oleh juruteknik kompetan ladang berkenaan dan telah mendapat kelulusan dari pihak lembaga letrik tempatan.


Tindakan


Pemilik ladang telah didakwa di bawah Seksyen 3 (1) Akta Kesihatan dan Keselamatan Kerja, 1974 United Kingdom dan didenda di samping disaman pula oleh keluarga mangsa dan terpaksa membayar pampasan termasuk kos pembedahan dan hospital mangsa.

Akibat dari kemalangan yang hampir meragut nyawanya, pemandu itu begitu trauma dan tidak lagi dapat meneruskan kerjanya.

Walaubagaimanapun, pemandu yang cedera itu tahu akan adanya talian/wayar/kabel elektrik di tempat berkenaan dan dia juga didapati lalai sehingga mengakibatkan kecederaan parah terhadap dirinya.


Komen


Walaupun pemasangan tiang/dawai elektrik itu mendapat kelulusan, lembaga letrik tempatan dan juruteknik tidak boleh dipersalahkan kerana ianya masih tertakluk kepada faktor-faktor keselamatan yang sepatutnya diambil oleh Tuan empunya ladang itu sendiri.

Antara perkara yang perlu dipastikan adalah seperti:

KES 2

Latarbelakang kes


Seorang pekerja telah terbunuh kerana renjatan kuasa elektrik semasa menukar rod kimpalan semasa kerja-kerja kimpalan ‘arc-welding’ di dalam sebuah silo logam (metal silo) 

Siasatan mendapati terdapat arus bervoltan rendah iaitu 86 volt AC (Alternating Current) antara rod kimpalan dan silo logam (silo metalwork) walaupun tidak ada sebarang aktiviti kimpalan dijalankan. Didapati juga pengimpal telah rosak akibat insiden berkenaan. 

 

Tindakan


Majikan telah didenda di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja 1974, United Kingdom, Seksyen 2, Sab-Seksyen 1 dan Peraturan Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan 1993 (No. 3 Para 1) United Kingdom.

Majikan mengaku bersalah di mahkamah majistret dan didenda £250,000.00 (RM1,327,500.00) di Mahkamah Crown

Komen


Insiden ini jelas menunjukkan walaupun voltan berada di paras yang rendah, masih boleh membunuh dengan renjatan elektriknya apabila kuasa AC berlaku dengan sendiri.

Agar sukar bagi mangsa untuk melarikan diri apabila bekerja dalam keadaan ruang terkurung yang kecil. Peralatan kimpalan ‘arc-welding’ juga tidak ditutup suisnya semasa penukaran rod.

Kerja-kerja elektrikal dalam suasana hazad sepatutnya tidak dijalankan sehingga analisa risiko dilakukan terlebih dahulu. Ianya penting bagi langkah-langah kawalan dikenalpasti dan dilaksanakan.

Terdapat banyak panduan KKPA yang diterbitkan antara lain isi kandungannya melibatkan pelbagai suasana hazad umpamanya ruang terkurung, pembumian, tempat yang basah, keadaan yang boleh berlaku letupan, parit yang dalam (deep trenches), berdekatan dengan kawasan pembentungan dan sebagainya.

Kerja sepatutnya dihentikan apabila terdapat keraguan dalam keberkesanan langkah kawalan.

Pengajaran

Malang tidak berbau, lebih baik berjaga-jaga dan mencegah.

Wallahua’lam