Blog Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Yang Tidak Masuk Akal

DITERBITKAN PADA 16 MAC 2022

Kongsi artikel ini

Banyak kali dalam kehidupan kita mungkin overthink sehingga menyukarkan perkara yang sebenarnya mudah. Begitu juga dalam aspek pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Bukan nak kata safety practioners yang ada di luar sana tidak bagus tapi mungkin kurang kritikal terhadap memberikan arguments dan justifications bagi sesebuah isu, terutamanya bila melibatkan pihak pengurusan. Jika ia tidak ngam dengan logik pihak pengurusan, maka susah untuk mereka commit dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Sumber gambar: pixabay.com

Senario 1 : Pengurusan sebuah restoran enggan menghidangkan air menggunakan talam atas alasan mereka tidak dilatih aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam menghidangkan air. Sebaliknya pengurusan menghidangkan minuman dan makanan menggunakan troli.

Jawapan : Menghidangkan air menggunakan talam tidak diliputi oleh undang-undang tetapi pekerja boleh dilatih etika dan cara-caranya secara dalaman oleh pengurusan restoran.

Senario 2 : Sebuah sekolah dilarang untuk menampal sebarang hasil tangan murid-murid atau notis di atas cermin tingkap berjenama BT. Alasan yang diberikan ialah bahan kimia yang digunakan untuk membuat cermin itu boleh menyebabkan ianya mudah retak dan pecah apabila terkena suhu yang tinggi.

Jawapan : Pecahnya cermin tingkap adalah kerana balingan objek keras, ketidakstabilan struktur, kebakaran dan bencana alam. Ianya tidak ada kaitan dengan bahan kimia yang digunakan untuk membuat cermin berjenama BT. Ianya juga tidak ada kaitan dengan suhu seperti kepanasan terik matahari. Tugas pihak berkuasa hanyalah memastikan bahan kimia yang digunakan tidak termasuk dalam bahan larangan. Jika terbukti bahan kimia itu adalah terlarang, maka serbuan akan dilakukan ke kilang berkenaan. Pemeriksaan silang menunjukkan bahawa bahan kimia yang digunakan adalah mengikut piawai bagi mengukuhkan cermin berkenaan.

Ketahui asas pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan betul oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Senario 3 : Sebuah kedai cenderamata enggan menjual jarum sulaman kerana sebab-sebab keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Jawapan : Tidak ada sebarang undang-undang yang melarang kedai cenderamata atau mana-mana kedai untuk menjual jarum menjahit mahupun jarum sulam.

Senario 4 : Pantri/Dapur sebuah syarikat tidak menggunakan pisau kerana faktor-faktor keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Jawapan : Tidak ada undang-undang keselamatan kerja yang melarang penggunaan pisau di Pantri atau Dapur sebuah syarikat. Kakitangan dan pekerja hanyalah perlu berhati-hati menggunakan pisau. Jika berlaku kejadian jenayah menggunakan pisau, itu adalah di bawah bidang kuasa Polis.

Senario 5 : Seorang pelanggan mengadu bahawa hotel tidak menyediakan kain lap kaki di luar tandas. Pihak hotel mendakwa bahawa kain lap kaki tidak dibekalkan atas faktor-faktor keselamatan kerana bimbang terjatuh bila terpijak kain lap kaki.

Jawapan : Walaupun tidak ada undang-undang keselamatan kerja yang melarang penggunaan kain lap kaki, tindakan pihak hotel berkenaan adalah tidak praktikal kerana pelanggan hanya boleh tergelincir bergantung kepada kelicinan pada lantai dan bukan pada kain lap kaki.

Pengajaran

Terlalu cerewet dalam melaksanakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja tanpa panduan, maka majikan akan melakukan lebih banyak kesilapan dalam pelaksanaannya. Contohnya macam majlis kahwin, yang jenis buat susah itu ini, pom pam pom pam, gedebang gedebung, terguling terlentang akhirnya.. tak jadi kahwin. Sedangkan dalam Islam (bagi yang beragama Islamlah), rukunnya sangat mudah dan straightforward. Haishh.. asyik-asyik analogi kahwin…

Wallahua’lam