Blog Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Keselamatan Semasa Bekerja Dalam Ruang Terkurung Di Tempat Kerja

DITERBITKAN PADA 18 JULAI 2022

Kongsi artikel ini

Pengertian Confined Space (Ruang Terkurung) ialah ruang yang besar dan cukup luas untuk membolehkan pekerja masuk dan bekerja di dalamnya, yang mempunyai akses keluar masuk yang terhad dan tidak direka bentuk untuk tempat kerja.

Risiko dalam kerja akan sentiasa wujud dalam bentuk yang berbeza. Kerja dalam ruang terkurung adalah salah satu jenis kerja yang mempunyai risiko yang sangat tinggi dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Sumber gambar: https://a-otc.com. Risiko ada dalam semua jenis pekerjaan.

Jenis Confined Space

  1. Tangki/Kapal
  2. Paip/Saluran
  3. Pembentung
  4. Hopper
  5. Bunker
  6. Lubang dengan kedalaman 1.5m

 

Ramai pekerja yang terbunuh atau cedera parah di mana-mana negara di dunia ini semasa bekerja di ruang terkurung. Lemas, tidak mendapat bekalan oksigen secukupnya dan masalah asap toksik atau terhidup gas beracun adalah antara beberapa penyebab kematian utama dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Lain-lain adalah kerana letupan gas terkumpul di ruang terkurung, keruntuhan struktur atau tanah, kebakaran, kenaikan suhu secara mendadak dan lain-lain.

Boleh dikatakan, hampir semua jenis industri mempunyai ruang terkurung dan ianya tidak terhad kepada sektor minyak dan gas sahaja. Kebanyakan kes di ruang terkurung sukar diselamatkan kerana banyak aspek yang di luar jangkaan atau elemen kejutan boleh berlaku.

Antara contoh ruang terkurung ialah tanki tertutup, menyelenggara sistem perparitan di bawah tanah, sistem pembentungan atau liang, terowong yang sedang dibina, silo, bilik kedap udara dan bertekanan tinggi, bilik sejuk, dan lain-lain.

Setiap ruang yang disenaraikan sebagai terkurung harus dikenalpasti hazad dan apa langkah berjaga-jaga yang perlu diambil.

Aspek yang perlu diambil kira semasa bekerja di Ruang Terkurung : 

Sumber gambar: https://pixabay.com

Pengajaran

Kemalangan di dalam ruang terkurung depat dielakkan sekiranya majikan lebih komited dan bertanggungjawab dengan isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Wallahua’lam