DITERBITKAN PADA 19 SEPTEMBER 2022
Encik Baha telah mendapat sakit belakang beberapa hari yang lalu akibat mengangkat tong gas, kotak-kotak dokumen yang diisi fail yang sangat berat dari kereta ke dalam pejabatnya. Doktor telah mengesahkan beliau telah mengalami kecederaan Muskuloskeletal Disease Disorders (MSDs) akibat daripada pengendalian manual yang tidak betul.
Pengendalian manual adalah dikenali sebagai aktiviti mengangkat, menurun, menolak, menarik, membawa, menanggung beban berat tanpa bantuan peralatan mekanikal. Beban tersebut samada bernyawa seperti manusia mahupun tidak bernyawa seperti tong gas.
Tempat kerja yang memerlukan pekerja mengangkat bebanan berat boleh menyumbang kepada kecederaan serta menyebabkan mereka sakit. Disebabkan itu, pengendalian manual ini dihasilkan untuk manusia mengangkat beban dengan posisi yang betul supaya kemalangan yang tidak diingini berlaku.
Adakah terdapat kes sakit-sakit badan dan anggota badan, sakit belakang, masalah tulang, pening, tergeliat dan lain-lain dilaporkan di tempat kerja anda?
Sekiranya di tempat kerja, anda ada mengalami situasi yang sama seperti Encik Baha, maka kes seperti ini berkaitan dengan cara mengangkat (secara manual) dan pengendaliannya.
Perhatikan:
Majikan perlu:
Risiko boleh dikurangkan dengan langkah-langkah berikut:
Rawatan nasihat dan tunjuk ajar diperlukan apabila aspek-aspek berikut didapati:
Sila rujuk Panduan KKP Awam berkenaan garis panduan untuk pengendalian manual di tempat kerja.
Wallahua’lam