Majikan Perlu Berperikemanusiaan Demi
Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja
DITERBITKAN PADA 6 JUN 2022
Kongsi artikel ini
Sumber gambar: https://pixabay.com.
Sudah menjadi kewajipan dan tanggungjawab majikan untuk menyediakan perkara berikut kepada para pekerjanya
Kantin yang bersih termasuk cara penyediaan makanan dan minumannya ,apron dan topi serta pakaian seragam yang dipakai oleh tukang masak dan pelayan.
Tandas yang bersih - Digalakkan tandas yang berasingan untuk lelaki dan perempuan .
Terdapat besen air dan tempat takungan.
Bekalan air yang bersih dan mencukupi.
Tempat mencuci tangan dan bilik mandi jika perlu.
Sabun dan tuala atau mesin pengering tangan , jika perlu.
Tempat menjemur baju yang dibasuh , Almari baju.
Zon Merokok atau Tidak Merokok perlu jelas.
Tempat rehat atau riadah jika perlu.
Tidak ada pekerja atau buruh wanita yang mengandung semasa bekerja di lapangan-jika ada , pastikan mereka dilindungi oleh peraturan kerja yang lengkap atau tugasan mereka perlu diringankan .
Pengajaran
Menjaga kesihatan dan kebajikan pekerja
tanda sifat perikemanusian majikan.