DITERBITKAN PADA 22 OGOS 2022
Email kepada : Ketua Jabatan Sumber Manusia
Joe Smith, pembantu KKPA, selalu didapati bekerja di kubikelnya. Joe bekerja sendiri tanpa membazirkan masa syarikat berborak. Joe tidak pernah berfikir panjang apabila sesiapa meminta tolong , dan dia selalu menghabiskan tugasan tepat pada waktunya.
Joe sentiasa mengambil banyak masa untuk memast ikan tugasannya terperinci dan selalunya dilihat tidak keluar untuk waktu rehatnya. Joe adalah seorang individu yang langsung tidak ada dalam fikirannya tentang penghargaan dirinya sahaja walaupun dia telah mencapai tahap yang tinggi dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam KKP.
Tidak ada banyak masalah yang timbul seperti kecederaan, “near miss”, kemalangan maut dan kerosakan aset semasa pengawasannya. Kakitangan KKPA lain pun beranggapan Joe bukan seorang yang sombong dan tidak pernah lupa berkongsi pengetahuannya. Saya yakin bahawa Joe dapat dikategorikan sebagai kakitangan berkalibar, yang mana tidak boleh dibuang begitu sahaja.
Oleh itu , saya ingin mengesyorkan arahan Joe dinaikkan pangkat ke tahap pengurusan eksekutif dan cadangan untuk kerja baru ini perlu dilaksanakan seberapa segera.
Yang benar,
Pengurus Projek
Wallahua’lam