DITERBITKAN PADA 12 NOVEMBER 2022
Adakah anda mempunyai masalah tahap kebisingan yang tidak terkawal?
Setiap sektor mempunyai tahap kebisingan sendiri contohnya pembinaan, pemusnahan struktur, pembaikian jalan, sektor perkayuan, tekstil, perkilangan dan sebagainya.
Antara jenis bunyi yang bising adalah berbentuk hentakan, pukulan, geseran, dan letupan.
Ini bergantung kepada :
Mengenal Tahap Kebisingan
Ukuran Kebisingan
Kebisingan diukur menggunakan unit decibels (dB). Tahapnya dikenalpasti menerusi tempoh dan tahap pendedahan terhadap bunyi bising berkenaan (purata setiap hari) secara am/rutin dan bunyi bising yang kemuncak/bingit (peak).
Nilai pendedahan yang rendah adalah 80dB dan 135dB adalah tahap kebisingan kemuncak (‘peak‘). Nilai pendedahan yang tinggi adalah 85dB setiap hari dan 137dB untuk tahap kebisingan maksimum.
Had kebisingan tidak boleh melebihi 87dB untuk setiap hari dan 140dB untuk kebisingan yang kuat kecuali terdapat alat perlindungan telinga dipakai.
Tindakan
Buat penilaian risiko bagi mengenalpasti siapakah yang terdedah kepada risiko bunyi bising dan mengapa individu terbabit terdedah kepada bunyi bising. Kemudian ukur tahap bunyi bising harian dan kemuncak yang perlu dilalui oleh pekerja.
Rujuksilang kepada undang-undang seperti kawalan kebisingan, langkah-langkah yang perlu diambil, PPE yang diperlukan dan juga pemantauan kesihatan pekerja yang bekerja di tempat yang bising
Gunakan data-data ini dan jalankan analisa bagi menentukan :
Mengawal Risiko Kebisingan
Di mana sahaja terdapat risiko kebisingan, anda perlu mencari jalan; selagi praktikal; untuk mengawal dan meminimakannya, menjadikannya amalan yang baik dan mengikut kehendak piawaian tahap kebisingan (mengikut jenis industri).
Apabila pendedahan berpotensi mencapai nilai pendedahan yang tinggi, jangan tunggu ianya melebihi had, jadikan penilaian, mitigasi dan kawalan risiko tahap kebisingan sebagai sebahagian dari program KKPA anda. Perkara ini perlu diketengahkan dalam mesyuarat bersama pihak pengurusan.
Sebenarnya terdapat banyak cara untuk mengurangkan tahap kebisingan dan pendedahan terhadapnya.
Fikirkan bagaimana untuk menghilangkan bunyi bising.
Jika ini tidak dapat dilakukan (mungkin kerana bunyi bising itu tidak dapat dielakkan – contohnya : Sektor pembinaan yang melibatkan hentakan piling) maka perlu mengawal bunyi bising terus pada sumbernya dan juga tindakan perlu diambil untuk melindungi pekerja menerusi :
Tahukah anda kombinasi antara pendedahan terlalu lama kepada bunyi bising atau bunyi kemuncak melebih 85dB boleh menyebabkan pekerja anda menjadi PEKAK.