DITERBITKAN PADA 12 MAC 2022
Seorang kakitangan bernama Zul (bukan nama sebenar) telah dibuang kerja kerana mengadu kepada majikannya, tidak selesa bekerja dalam suasana premis yang tidak selamat. Kakitangan berkenaan hilang periuk nasinya atas kesalahan enggan mendengar arahan pengurusan (insubordination).
Zul telah membuat aduan kepada pihak berwajib dan akhirnya telah memenangi kesnya di Mahkamah setelah persetujuan dicapai oleh membuat penyelesaian di luar mahkamah.
Rupa-rupanya anak kepada majikan yang baru pulang bekerja di luar negara adalah seorang yang berpendidikan tinggi dan berpengalaman luas di bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Anak itu telah memujuk bapanya (pemilik syarikat) untuk mengalah kerana kes ini boleh menjadi lebih berat.
Zul telah ditawarkan kembali bekerja, dibayar semua gaji yang ditahan oleh majikannya. Majikannya juga membuat permohonan maaf secara tertutup kepada Zul.
Penyelia Keselamatan Tapak Bina atau Site Safety Supervisor (SSS) kerja apa pula?
Tidak lama kemudian, Zul telah dinaikkan gaji dan pangkatnya dari Penyelia kepada Pengurus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan melaporkan diri kepada anak majikan berkenaan yang kemudiannya dilantik menjadi Pengarah Urusan.
Inilah hasilnya bekerja dengan ikhlas, jujur, dan amanah. Pasti akan dapat pembalasan yang setimpal. Jika tidak di dunia pun, mungkin di akhirat sana ganjaran lebih besar menanti.
Tapi… boleh jadi ke cerita macam Zul dalam dunia sebenar ? Macam drama Melayu pun ada, macam cerita OSHMAN pun ye. Tapi percayalah, cerita di atas digarap berdasarkan kisah benar… cuba anda korek cerita geng-geng safety practioners lain, jumpa tak cerita macam ni ? Kalau terjumpa, mungkin dialah insan bernama Zul tersebut.
Nota
Bhgn 4 Klausa 15 AKKP 94
Wallahua’lam