Blog Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Tindakan Semasa Kecemasan: Pesanan Kepada Pengamal KKPA

DITERBITKAN PADA 09 JANUARI 2023

Kongsi artikel ini

Sumber gambar: https://www.freeimages.com/

Tidak ada sesiapa pun yang dapat mengagak bila kecemasan atau bencana alam akan berlaku, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan ramai orang termasuk kakitangan dan pekerja termasuk kesan yang ditinggalkan ke atas perniagaan dan pekerjaan.

Namun, hakikatnya, kecemasan dan bencana dapat menimpa kita pada bila-bila masa, sesiapa sahaja dan di mana sahaja.

Malah di luar jangkaan anda, tiba-tiba siren berbunyi dan anda dan kakitangan anda mungkin diarah keluar meninggalkan tempat kerja anda.

Cara yang terbaik untuk melindungi diri, kakitangan atau rakan sekerja dan perniagaan anda ialah menjangka apa yang tidak dijangka (expect the unexpected) dan sediakan atau senggarakan atau kemaskini pelan tindakan kecemasan yang akan menjadi ‘kitab panduan’ anda semasa berlaku kecemasan atau bencana.

Ingatlah, kejadian kecemasan dan bencana boleh menyebabkan ancaman nyawa terhadap anda dan kakitangan anda, pelanggan anda mahupun orang awam.

Selain itu ianya mampu mengganggu dan menutup operasi anda yang mungkin menyebabkan pula kerosakan fizikal dan
alam sekitar.

Kecemasan boleh disebabkan oleh tangan manusia dan bencana semulajadi. Jadi anda perlu terlebih dahulu mengenalpasti bentuk kecemasan dan bencana.

Sumber gambar: https://www.freeimages.com/

Antara Bentuk Kecemasan

 

Cara terbaik untuk menyediakan organisasi terhadap kecemasan ialah sebelum ianya berlaku. Kajian menunjukkan, apabila berlaku krisis, hanya beberapa kerat manusia sahaja yang dapat berfikiran secara waras semasa orang lain sedang panik walaupun seorang pengamal KKPA yang bertauliah.

Jadi, persediaan mental dan fizikal amat penting untuk cepat bertindak semasa kecemasan. Adakah satu sesi brainstorming yang membincangkan senario kes terburuk (worst-case scenario):

  • Jika berlaku kebakaran di bilik dandang,
  • Jika ribut taufan melanda bangunan anda,
  • Jika berlaku kebakaran di tempat kerja anda,
  • Jika aktiviti keganasan mensasarkan loji di tempat kerja anda dan mungkin menjadikan pekerja anda sebagai tebusan,
  • Jika berlaku banjir secara mendadak akibat hujan tidak berhenti-henti lebih dari dua hari,

 

Apabila anda telah mengenalpasti bentuk kecemasan dan bencana yang boleh berlaku di tempat kerja anda, fikirkan apakah kesannya terhadap anda dan pekerja anda dan bagaimana tindakan yang perlu anda ambil.

Di sinilah pentingnya pelan tindakan kecemasan yang meliputi kakitangan, pekerja dan pengurusan yang perlu dipastikan keselamatan mereka apabila berlaku kebakaran dan lain-lain bentuk kecemasan atau bencana.

Anda akan benar-benar faham perlunya Pelan Tindakan Kecemasan dan keperluan untuk melindungi pengurusan, kakitangan dan pekerja apabila suatu kecemasan dan bencana berlaku secara tiba-tiba.

Bertolak-titik dari sinilah, dalam anda menyediakan pelan, motifnya perlu dijelaskan kepada semua pihak dalam organisasi terutamanya pihak pengurusan kenapa ianya perlu diwujudkan.

Contohnya pelan ini dapat meminimakan kemalangan jiwa, insiden yang melibatkan kerosakan harta syarikat atau kecederaan atau langkah berjaga jaga terhadap kerosakan/ pencemaran alam sekitar akibat letupan loji bahan kimia.

Komitmen dan sokongan dari pihak pengurusan dan semua kakitangan adalah antara kunci kunci kepada kejayaan pelan tindakan kecemasan anda.

Dalam penyediaan pelan ini, adalah satu amalan yang baik apabila ianya dibincangkan secara berkumpulan, contohnya dalam mesyuarat KKPA yang dihadiri oleh ahli jawatankuasa yang mahir dalam bidang masing-masing.

Elakkan sekali-kali mengadakan pelan tindakan kecemasan yang hanya diketahui oleh anda atau anda telah menyiapkan pelan tersebut tanpa pengetahuan pengurusan atau jawatankuasa KKPA atau membincangkannya terlebih dahulu.

Ianya akan menjadi satu elemen kejutan yang tidak disukai ramai. Anda tidak akan mendapat sokongan jawatankuasa KKPA dan jauh sekali daripada kelulusan pihak pengurusan.

Bincangkan mengenai potensi bentuk kecemasan yang boleh berlaku di tempat kerja anda. Keutamaan yang perlu anda berikan ialah kesesuaian pelan dengan jenis industri dan perniagaan anda.

Jangan jadikan pelan itu terlalu panjang kerana ianya boleh menimbulkan kekeliruan. Contohnya, di Malaysia, anda tidak perlu letakkan ‘ribut salji’ sebagai salah satu elemen kecemasan yang berpotensi berlaku.

Dengan kata lain, semua isi kandungan Pelan Tindakan Kecemasan mestilah masuk akal!.

Apabila anda bangunkan pelan tindakan kecemasan, ianya juga bermaksud bahawa anda perlu lakukan satu penilaian hazad/ risiko mengenai apa juga bentuk kecemasan mahupun bencana yang telah anda tulis dalam pelan berkenaan.

Anda perlu mengambil kira hal-hal berikut dalam pembikinan pelan anda :

Akibatnya 500 individu telah terbunuh dan loji itu musnah sama sekali

Cara yang tidak teratur semasa proses evakuasi akan menyebabkan kekeliruan, kecederaan dan kerosakan hartabenda. Inilah sebabnya pelan tindakan kecemasan begitu penting diadakan.

Pengajaran

Wallahua’lam