Blog Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Tindakan Yang Tidak Selamat Dalam Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan - Unsafe Act

DITERBITKAN PADA 01 OGOS 2022

Kongsi artikel ini

Sumber gambar: https://facebook.com

Kemalangan dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah perkara yang boleh terjadi tanpa dirancang, namun ia boleh dicegah. Kemalangan boleh disebabkan oleh dua keadaan iaitu :-

  • Tindakan yang tidak selamat (Unsafe Act)
  • Keadaan kerja yang tidak selamat (Unsafe Condition)

 

Namun, penyebab utama berlakunya kemalangan di tempat kerja adalah disebabkan keadaan yang tidak selamat (unsafe conditions) dan perlakuan tidak selamat (unsafe act).

Hayati ayat di bawah ini :

Aku sangat perkasa dari tentera yang bergabung seluruh dunia. Aku telah membawa kemusnahan yang mengatasi segala peperangan.

Aku koyakkan wajahmu yang cantik atau kacak, putuskan anggota badanmu dan membunuhmu tanpa belas kesihan ribuan manusia setiap tahun.

Aku adalah perosak manusia, rumahtangga, bangunan dan pekerjaan yang mengalahkan peluru, peluru berpandu, ribut dan puting beliung.

Aku telah mencuri jutaan ringgit setiap tahun hasil dari titik peluhmu. Aku tidak kisah siapa kamu – miskin atau kaya, aku akan tetap merampas wangmu. Aku telah mewujudkan ramai janda, golongan cacat dan yatim piatu.

Bayanganku ada di belakang setiap eksekutif atau noneksekutif, professional atau buruh malah para saintis nuklear.

Kamu sudah pun diberikan amaran yang mencukupi mengenai diriku.

Tetapi kamu tidak mengendahkannya. Kamu memandang rendah padaku. Lalu aku berlaku zalim terhadapmu kerana aku berada di mana-mana – laut, udara dan darat – di rumahmu, di pejabatmu, di kilangmu, di tapak projek mu, di jalanraya dan lorong-lorong kecil.

Aku pembawa penyakit dan maut untukmu. Kamu dan kawan-kawanmu akan aku  hancurkan, racuni, siksa, cederakan, lukakan dan lain -lain.

Satu musuh dapat menghancurkan seluruh kebahagian setiap orang. Benar! keselamatan setiap orang perlu dilakukan oleh semua orang

Pengajaran

Dan Aku adalah “TINDAKAN YANG TIDAK SELAMAT”

Perlaksanaan ini mungkin kalau ada persatuan, kerukunan, persaudaraan. Hati-hatilah, satu orang bisa hancurkan kita semua. Tapi keselamatan harus diciptakan oleh semua. Kita bersama-sama ya?

InshaAllah