DITERBITKAN PADA 02 MEI 2022
Dalam penulisan kali ini saya ingin kongsikan sedikit intipati wawancara panas bersama salah seorang guru dan sahabat dalam Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Tak adalah wawancara sangat pun cuma perbualan kami jadi sangat kritikal walaupun kita hanya sembang biasa sahaja.
Organisasi ini sudah bertahun-tahun melaksanakan program bagi menangkap mereka yang berbuat kesalahan. Cara ini kadangkala berkesan tetapi banyak mendatangkan kesan negatif kepada budaya kerja. Menghukum bukanlah cara yang tepat untuk mencegah kesalahan. Apa yang lebih penting ialah menukar sikap dan perilaku mereka.
Konsep BBS lebih kepada mengukur sikap yang terdahulu dan terkini menerusi pemerhatian. Saya sebenarnya menekankan sesuatu yang suka diperhatikan iaitu perwatakan seseorang pekerja. Perwatakan merupakan petunjuk utama bagi membantu meramal sikap mereka di masa akan datang. Pendekatan yang perlu dilakukan ialah membantu manusia berubah menerusi peralatan dan latihan bagi menyedarkan mereka akan kepentingan melaksanakan tugas dengan cara yang betul semasa bekerja.
Bukan begitu. Perwatakan adalah sesuatu tabiat dan kebiasaan serta keengganannya untuk berubah. Tetapi apa yang boleh diubah ialah tindakan dan tatalaku bekerja apabila kita telah memahami diri kita sendiri dan bagaimana kita akan bertindak dalam situasi yang sama seperti mereka.
Baca bagaimana ingin jadi Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang baik.
Setiap orang dilahirkan dengan perwatakan yang berbeza. Ini merupakan cara hidup kita di mana kehendak kita akan menyebabkan kita bertindak dalam cara yang tertentu semasa tiada orang melihat kita. Contohnya di rumah. Sesetengah orang seperti saya sendiri akan hanya mengamalkan aspek keselamatan, kesihatan dan alam sekitar semasa di tempat kerja sahaja. Bila saya tiba di rumah, tanyalah isteri saya, saya jarang mempraktikkan apa yang telah saya amalkan di pejabat, bukan saya sajalah bahkan ramai orang lain juga mungkin begitu.
Bagi saya, rumah dan pejabat adalah berbeza. Sebabnya saya merasa berada di zon selesa dan zon bebas semasa di rumah. Ini kerana minda saya telah dilatih bekerja untuk gaji.
Benar, tetapi ianya hanya dipraktikkan kepada tahap eksekutif kanan ke atas dan bukan untuk pekerja atau peringkat buruh. Kita mengambil mudah bahawa bila pekerja atau buruh itu menyertai kursus dan induksi, mereka akan faham dan akan berbuat kerja seperti yang dikehendaki.
Kita ada sesi kaunseling dan bimbingan tetapi sesi ini juga tidak melibatkan pekerja/buruh. Ini kerana kesalahan kita sendiri beranggapan buruh/pekerja adalah robot dan tidak mempunyai masalah peribadi. Kajian menunjukkan bahawa 6/10 dari insiden dan kemalangan maut adalah kerana perwatakan pekerja atau buruh lapangan.
Sepatutnya data itu tidak boleh dipandang aplikasinya kepada peringkat tertentu sahaja. Data itu sendiri adalah hasil analisa pihak pengurusan sendiri. Kami menggunakan data berkenaan juga untuk perhatian, tindakan dan peningkatan di pihak pengurusan dan penyeliaan.
Ini kerana mereka juga bertanggungjawab dan telah memberikan komitmen untuk memastikan tempat kerja yang selamat, sihat dan mesra alam. Setiap kesilapan pekerja atau buruh, maka itu juga kesilapan di peringkat penyeliaan dan pengurusan.
Pihak pengurusanlah yang perlu diubah sikap mereka terlebih dahulu kerana di situlah segalanya bermula. Dan cara mengubahnya ialah untuk mendesak dengan cara yang diplomasi agar mereka memahami iaitu menerusi peningkatan kesedaran yang lebih tinggi supaya memahami bahawa setiap dasar yang digubal perlu menyusup masuk ke peringkat pertengahan, penyeliaan dan akhirnya pekerja itu sendiri.
Peningkatan ini hanya boleh dilakukan dengan cara yang agak agresif contohnya, jika saya sedang memandu dan mendapat pesanan ringkas. Saya perlu menahan perasaan dari melihat pesanan ringkas berkenaan kerana ianya amat membahayakan saya. Jika saya ingin melihatnya juga, saya perlu berhenti di tepi jalan, memberikan isyarat kecemasan dan melihatnya. Latihan praktikal seperti inilah yang perlu dijalankan.
Benar, saya setuju. Ada beberapa sebab mereka bersikap demikian yang perlu kita faham.
Pertama, mereka bekerja di lapangan dan tempoh mereka bekerja juga memainkan peranan. Ini ditambah pula dengan faktor cuaca, suhu, perhatian yang perlu mereka tumpukan kepada kerja dan pekerja-pekerja.
Kedua, pihak pengurusan sepatutnya lebih faham dengan tidak membebankan mereka dengan dasar, dokumentasi – manual, prosedur dan lain-lain. Pihak pengurusan hanya perlu memberikan apa yang mereka perlukan sahaja contohnya Log, Senarai Semak mengikut tret, Arahan Kerja dan lain-lain. Apa yang mereka perlukan inilah perlu diselit unsur keselamatan, kesihatan pekerjaan dan alam sekitar. Umpamanya pada arahan kerja, perlu ada rujuksilang kepada undang-undang dan prosedur. Itu sahaja. Jangan bebankan mereka dengan terlalu banyak prosedur dan manual.
Konsep ini adalah konsep kapal laut atau kapal terbang yang mempunyai seorang Kapten. Walaupun seorang Jeneral atau Panglima yang datang bertandang. Apabila sesebuah kapal belayar di lautan, maka Kapten itu dianggap lebih tinggi kedudukannya dari seorang Panglima dan kapal itu adalah milik Kapten.
Panglima biasanya akan ditempatkan di kuarters dan tidak boleh mengganggu Kapten dan krunya kecuali diminta pendapat. Maka Panglima ini juga perlu memahami dan menghormati prinsip pemerintahan dan carta organisasi semasa kapal belayar di lautan.
Panglima ini saya ibaratkan sebagai Pihak Pengurusan dan Kapten itu adalah ibarat Penyelia dan Kru itu adalah Kakitangan dan Pekerja/Buruh. Maka kakitangan, pekerja, buruh sudah biasa dengan penyelia. Di sinilah pihak pengurusan perlu:
Tujuan kita ialah untuk memastikan bahagian penyeliaan menjadi orang tengah di antara peringkat bawahan dan peringkat teratas.
Ingatlah pekerja dan buruh bukanlah adalah manusia yang mempunyai perasaan. Mereka bukan robot dan bukan pula hamba abdi. Hari ini banyak majikan yang angkuh dengan kata-kata kalau engkau tak nak kerja, ramai lagi orang lain nak kerja. Pekerja-pekerja dari Nepal, Bangladesh, Indonesia, Pakistan, Myanmar, Cambodia, dan banyak lagi negara kelas ketiga bersusun-susun nak kerja. Gaji pun murah. Kalau hilang satu, petik jari sekali 10 boleh datang. Betul kan ? Jadi kalau nak kerja diam ajelah. Kalau tak selamat tu pandai-pandailah engkau jadikan ia selamat. Apa yang syarikat nak tahu, kerja siap dan boleh buat untung dan tiada bajet tambahan dikeluarkan untuk perkara remeh-temeh tu.
Industri tenaga buruh luar mungkin berbeza pada masa hadapan. Lihat sahaja bagaimana FoodPanda, Grabfood, Lalamove dan kerjaya geek mengubah lanskap tenaga kerja di negara kita. Ramai juga saya dengan engineer berhenti kerja dan jadi rider. Tambahan, kerajaan dah umum gaji minimum RM 1,500. Dan bila nak dekat PRU ni, banyak lah lagi jajan-jajan PRU (yang banyaknya akan memancing undi kumpulan B40) yang akan diumum yang mungkin memberi kesan kepada majikan-majikan yang angkuh tadi.
Wallahua’lam