DITERBITKAN PADA 15 AUG 2022
Kakitangan perkhidmatan pengangkutan (fleet services) di Wisconsin Electric mempunyai pengalaman peningkatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Awam secara berterusan semenjak dari tahun 1977 terutamanya selepas mula mengamalkan “Keselamatan Kerja Berasaskan Perilaku” (Behavioural Based Safety – BBS).
Kakitangannya yang terlibat dalam membaiki kenderaan dan jentera (contohnya backhoe) juga mereka yang pernah terlibat dalam projek pembinaan infrastruktur elektrik dan gas asli yang juga menyandang rekod terbaik KKPA dalam Wisconsin Electric.
Ini konsisten dengan pernyataan misi KKPAnya iaitu :
“Perkhidmatan Pengangkutan mengamalkan satu
semangat kerjasama dalam satu pasukan untuk
mencapai Budaya Keselamatan Total bagi
mewujudkan suasana kerja dengan selamat”
Lokasi bengkel utama perkhidmatan pengangkutan ialah di Milwaukee yang menjadi pusat perhubungan utama dengan lokasi,lokasi satelitnya yang terpencil. Secara keseluruhan, perkhidmatan pengangkutannya mempunyai 74 orang pekerja di mana 70 darinya adalah ahli kesatuan sekerja.
Dalam usaha mencapai kecemerlangan KKPA, fokus diberikan bukan semata-mata kepada aspek kejuruteraan, teknikal dan perundangan, tetapi perhatian serius juga diberikan kepada BBS.
Ini kerana perilaku manusia adalah penyumbang utama kepada insiden dan kecederaan. Untuk mencapai kecemerlangan KKPAnya adalah dengan mengambilkira dan memahami dimensi kemanusiaan dalam KKPA.
Dengan meminimakan perilaku berisiko dan meningkatkan amalan yang baik, maka sistem akan menjadi lebih kuat pengaruhnya terhadap budaya KKPA syarikat.
Kunci budaya kerja yang selamat adalah bergantung kepada tahap pemahaman dan mengaplikasikan prinsip BBS terutamanya aspek psikologi. Aspek ini akan memudahkan pencarian peralatan dan kaedah yang akan menanam rasa tanggungjawab individu dan interaksi mengenai KKPA.
Kami memastikan komponen BBS menjadi sebahagian daripada prinsip Budaya Keselamatan Total. Hasilnya ialah pekerja dan kakitangan kami merasa bertanggungjawab ke atas rakan sekerjanya dan diri sendiri. Rasa tanggungjawab inilah yang akan meraih sokongan dari pengurusan teratas.
Dengan kata lain setiap individu mempunyai peralatan dan kaedah, peluang menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan sekerjanya, rasa pemilikan dan kawalan sendiri (self-control).
Tambahan pula, gabungan sistem pengurusan KKPA yang formal dan amalan kepimpinan yang ada telah memudahkan lagi galakan, pengiktirafan dan pengukuhan perilaku yang baik.
Jadi, untuk mencapai Budaya Keselamatan Total memerlukan pembangunan dan pelaksanaan pemantauan terhadap perilaku, proses maklumbalas, penilaian dan pelarasan terhadap sistem pengurusan KKPA yang sediada dan peningkatan amalan yang baik dari pihak pengurusan sehingga kepada pekerjanya.
Pekerja perlu menanam sikap tanggungjawab menjaga keselamatan rakan sekerjanya dan dirinya. Di sinilah perlunya peningkatan terhadap prinsip keterbukaan dan kekerapan komunikasi dalam konteks KKPA.
Satu senarai semak telah diwujudkan untuk diberikan kepada pekerja/kakitangan terpilih bagi memerhatikan perilaku interpersonal dan maklumbalas mengenainya bagi kegunaan untuk mewujudkan strategi komunikasi berterusan.
Senarai semak ini mempunyai kategori seperti ‘Jenis-Jenis Perilaku’ dan ‘Tindakan’ yang diambil terhadapnya, ‘Kadar Risiko’nya dan ruangan ‘Komen’ yang akan memaparkan maklumat yang spesifik ke atas sesuatu pemerhatian. Nama dan jawapan ‘pemberi maklumat’ ini dirahsiakan. Cara ini membolehkan syarikat mendapat input secara langsung, paling cepat, dan tepat mengenai perilaku berisiko supaya tindakan pencegahan dapat diambil seberapa segera.
Semua data dari kad pemerhatian akan dikutip, dikumpulkan dan dikongsi sesama pekerja/kakitangan sebagai maklumbalas berkumpulan.
Wisconsin Electric Fleet Services juga telah memilih pendekatan yang unik dan kreatif bagi untuk diberikan pemerhatian dan maklumbalas.
Konsep pemerhatian diri sendiri dilaksanakan kerana ramai pekerja kakitangan perkhidmatan pengangkutan bekerja secara perseorangan di pusat bengkel yang terpencil atau di lapangan.
Purata pemerhatian diri sendiri setiap bulan berbanding dengan pemerhatian ke atas rakan sekerja adalah 50 : 30.
Pemerhatian diri sendiri juga memiliki tahap kualiti yang tinggi umpamanya banyak komen dan cadangan telah diberikan untuk tujuan peningkatan.
Pemerhatian diri sendiri merupakan salah satu proses KKPA yang penting di mana individu :
Sebarang pencapaian akhir akan disahkan oleh pihak syarikat dengan pemantauan terhadap bukti pelaksanaan, rujuk silang kepada data kecederaan (samada ada penurunan atau sebaliknya), menilai insiden ‘hampir terlepas’ (near miss) dan membandingkan rekod terdahulu dengan rekod terkini bagi melihat pencapaian pemerhatian diri serta melihat masalah yang dihadapi oleh kakitangan berkenaan.
Teori kognitif sosial menunjukkan ‘Pemerhatian Diri Sendiri’ merupakan komponen utama dalam pengawalseliaan diri (self- regulation) bagi perubahan perilaku. Secara umumnya, apabila pekerja melakukan pemerhatian diri sendiri, mereka akan bekerja dengan lebih selamat. Ini dengan sendirinya mencetuskan kekonsistenan dengan apa yang dirancangkan.
Apabila perilaku kita berbeza dengan kepercayaan kita, maka perasaan tidak selesa akan timbul. Maka kita bekerja dengan mengambil risiko disebabkan konflik dalaman diri kita.
Wallahua’lam